Oct
14

Lagi Pertanyaan Tentang STEROID

By HPA Online Network

“Saya ahli HPA yang setia, pulang berhari raya di kampung (Perlis), ada berita katanya kopi HPA ada steroid, benarkah?” satu SMS yang saya terima membayangkan rasa cemas seorang ahli HPA dengan berita yang didengarinya. “Aduhai…” pertamanya saya sangat berterima kasih pada individu yang prihatin ini kerana berani bertanya sebelum mempercayai sesuatu berita kerana ramai orang kita yang biasanya terus menghukum tanpa usul periksa.

Saya juga sering mendengar tuduhan-tuduhan yang tak berasas ini, ada yang kata dimasukan daun biak (ketum), ada yang kata dimasukan bahan kimia dan ada yang berkata dijampi supaya orang makan tak jadi lupa dan pelbagai tuduhan terus dilemparkan.

Dalam HPA bukan sahaja daun biak itu dianggap haram, merokok pun juga haram. Kalau rokok pun tak boleh hisap, takkanlah HPA nak guna daun biak yang ketagih tu. Kita nak cari rezeki halal dengan peniagaan HPA. InsyaAllah.

Kedua HPA ada GMP dan ISO, satu persijilan kawalan kualiti produk dan semua ubatan HPA yang perlu telah didaftarkan dengan Kementrian Kesihatan Malaysia. HPA ada unit R&D yang mengawal QA dab QC pengilangan.

Ketiga jampi memang tak diamalkan oleh HPA kerana kita takut bercampur amalan syirik tapi warga HPA mengamalkan wirid al-maksurat (dari hadis sohih) yang ada dijual bukunya di toko-toko buku.

Jadi kenapa HPA sering dilemparkan fitnah, sebab ada pengeluar yang cuba menjadikan HPA sebagai sandaran membolehkan penggunaan daun ketum oleh syarikat-syarikat mereka. Mereka sanggup melihat anak-anak muda terketar-ketar kerana kehabisan air daun ketum. Mereka samakan dengan kopi Radix yang dikatakan “ketagih”. Kopi radix memberikan rasa oom bukan dengan steroid tetapi dengan paduan herba dan krimer yang mencukupi.

Terima kasih pada saudara yang bertanya dan memberikan peluang saya untuk menjelaskanya. Teruskan perjuangan bersama HPA. Allahuakbar.

Categories : Perubatan Jawi

1 Comments

1

ye la dunia ni bulat , hangpa dok fitnah org sana sini camne mana plak , sana haram sini haram sana yahudi sini yahudi , hangpa je islam. wat malu org islam je kalau meniaga camni

Leave a Comment