Oct
24
Punca Penyakit Gout Dan Penawarnya
ByGout boleh disebabkan oleh beberapa faktor, biasanya seseorang itu diserang oleh gout kerana salah satu sebab utama, ringkasan ini ditulis supaya anda dapat mengambil jalan penyelesaian penawarnya.
- Stress, telah terbukti memberi kesan negatif pada badan, melalui pengurangan mineral dan nutrisi dan pengeluaran adrenalin dan hormon stress (steroid). Stress juga boleh menurunkan sistem imun anda, menukar paras sugar dalam daran dan menaikkan paras asid urik ke tahap tinggi. Dadah biasanya akan menambahkan stress melalui dehidrasi tisu organ dan menyempitkan laluan-neuro dan menyekat penyerapan zat nutrisi dan mineral. Pe
nawar alami boleh menanganinya. - Makan makanan yang salah, cara makan, masa makan dan banyak mana anda makan, secara terus memberi kesan pada kesihatan anda. Makan terproses melemahkan sistem penghadaman anda, yang dengan itu melemahkan sistem imun anda dan seterusnya akan membenarkan gout menyerang dan berbagai lagi penyakit akan muncul. Ubatan tidak dapat menggantikan apa yang makanan baik berikan. Penawar alami yang menggunakan beberapa makanan pasti yang memulihkan kesiahatan dengan cepat dan selamat.
- Berat badan yang melebihi. Seperti yang dimaklum sesiapa yang menghadapi berat banda terlebih akan menaikkan risiko berbagai penyakit. Kegemukkan boleh berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan metabolisma atau lebihan makanan atau kekurangan sesuatu yang sepatutnya. Ubatan tidak dapat mengimbangkan masalah ini, tetapi penawar alami akan dengan sendirinya mengimbangi beberapa hal dalam badan.
- Gula, terutamanya gula terproses, menyebabkan berbagai masalah kesihatan masyarakat moden sekarang. Terlalu banyak gula akan menyebabkan radangan dan ia adalah penyebab utama kebanyakan penyakit yang diketahui. Antara penyakitnya ialah tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, dan juga semua isu sistem imun yang masyarakat kita menderita seperti gout. Penawar alami boleh mengimbangi paras normal asid urik dan memberikan zat nutrisi penting yang pengambilan gula memudaratkan.
- Antibiotik, hari ni antibiotik telah di lebih gunakan. Memang adakalanya bagus digunakan. Perkataan antibiotik itu sendiri bermaksud melawan kehidupan dan itulah apa yang dilakukannya. Antibiotik melenyapkan semua organisma dalam badan, termasuk yang baik dan diperlukan oleh kesihatan.
- Ramai orang menghadapi masalah disebabkan oleh ketidakseimbangan microorganism sihat yang diperlukan untuk penghadaman yang baik dan sistem imun yang berkesan. Dan juga, ramai orang yang mengambil antibiotik telah pun menderita dengan sistem imun yang lemah. Penawar alami boleh membantu memulihkan semula sistem pertahanan alami badan kita.
- Keseimbangan pH juga sangat penting dijaga seperti mana suhu badan, terlalu tinggi tidak baik dan terlu rendah juga tidak baik. Semua yang tersenarai di atas memberi kesan pada pH dengan meningkatkan keasidan dan kristal asid urik. Lagi tinggi paras asid lagi rendah oksigen dalam badan anda. Sel badan membuat kumbahan berasid dan biasanya dinyah melalui air kencing. pH yang rendah atau tinggi paras asid menyebabkan gout dan juga pengerasan arteri dan radangan sendi dan tisu sel badan.
- Paras rendah elektrolit (mineral) disebabkan oleh ubat dadah, diet kurang dan kurang aktiviti. Penawar alami boleh mengatasi masalah ini dengan memberi imbangan paras mineral seperti kalsium, potassium, magnesium dan banyak lagi.
Ini adalah satu pengenalan untuk memberi kesedaran kepada anda bahawa kita hidup sihat dari makanan hidup dan segar, kita tak dapat hidup sihat dari makanan mati atau bahan kimia iaitu dadah dan makanan terproses.
Sumber : penawaralami

11 Comments
February 29th, 2012 at 1:46 pm
produk apakah yang sesuai untuk dimakan oleh pesakit gout
April 27th, 2012 at 8:57 am
apakah penawar penyakit gout
April 28th, 2012 at 11:18 am
produk dan diet yg sesuai utk pesakit gout..
May 20th, 2012 at 3:55 pm
tangan saya x boleh genggam mengikut doktor saya kena gout kerana mengikut daripada result darah saya urit asid saya tinggi. ape yang boleh saya makan dan x boleh makan. ape ubat yang sesuai
May 28th, 2012 at 3:13 pm
cubalah ambil pemanis berakali bioharmoni.Anda cuma perlu membelanjakan rm49 sebulan untuk membuang asid berlebihan dalam badan.Setelah menggunakannya saya mengambil keputusan untuk mengedarkan produk tersebut…hubungi 01115019919 untuk info produk ini..kiriman pos juga disediakan..
July 21st, 2012 at 7:11 pm
Ubat penyakit Gout yang mujarab ialah Extract Buah Goji. Boleh dibeli dimana2 stokis Giffarine..Cubalah…sayadah cuba …amat berkesan…
August 5th, 2012 at 9:37 am
Saya pesakit artritist rhumotoid. Ada tak ubat untuk menyembuhkannya?
October 19th, 2012 at 3:09 pm
saya ade penawar bg yg sakit gout..
January 9th, 2013 at 11:02 am
Apa sahaja masalah penyakit anda, tidak sala mencuba berbagai produk kesihatan. Misalnya Optiberry (makan 2 biji dalam 3 kali sehari) sebagai supplement sahaja. Selamat mencuba dan sila hubungi 0143594961 jika berurusan. Selamat berusaha dan terus mencuba.Mencegah lebih baik.
January 20th, 2013 at 9:13 pm
Saya sudah 5 tahun mengidap sakit gout,untuk mengurangkan rasa sakit saya terpaksa telan kapsul tahan sakit seperti tranadol 50 mg setiap hari disamping itu juga saya makan ubat dari Hospital Kerajaan ( Allopurinol 300 mg )setiap hari.Adakah ubat-ubat lain yang bolih mengurangkan rasa sakit,mohon beri pendapat sesipa saja yang tahu.
February 7th, 2013 at 11:57 pm
raja herba untuk pesakit gaout ada jual dikedai2 ubat ubatan