Nov
12

Ubat Periuk Semaru Dan Ubat Basuh Wanita

By HPA Online Network

Ubat Periuk Semaru

Ubat periuk semaru merupakan ubat periuk pelawas dari jenis musilage iaitu mengandungi lendir yang dapat membantu pergerakan peristaltik usus. Ia sangat baik diberikan kepada pesakit sebagai ubatan awal untuk pencucian kolon. Method pengubatan dengan pemberian ubat periuk semaru sebagai “ubat awal kepada pesakit” telah digunakan oleh keluarga saya dengan jayanya. Mungkin ubatan lain akan menjadi berkesan setelah usus itu dibersihkan.

Ia dibuat dari sejenis pokok semaru yang agak sukar juga ditemui dalam hutan-hutan biasa. Ubat periuk semaru tidak menjadikan pesakit itu diare tetapi bersifat laxatif ringan dan berkesan. Ia perlu direbus hingga mendidih dan minumlah 3 cawan teh sehari. Apakah perbezaanya dengan pelawas? Ia mengubati dengan perlahan dan lebih berkesan untuk pesakit yang menderita sejak lama lagi.

Ubat Basuh Wanita

Ubat basuh wanita dikeluarkan dalam bentuk ubat periuk yang perlu didihkan. Ianya merupakan persediaan tradisional dalam bentuk asal. Fungsinya untuk keputihan, gatal-gatal dan ia juga digunakan untuk wanita lepas bersalin (basuhan apabila masuk hari ke 40). Disamping itu masyarakat Melayu dahulu menjadikan herba ini untuk mengubati penyakit kencing kerap dan mengecut dan merapatkan sama seperti lady cheer. Kadangkala wanita memerlukan herba ini agar dapat memelihara hubungan intim dengan suami disebabkan faktor-faktor kesihatan dalam dan sulit untuk diceritakan. Semoga ilmu ini menjadi ibadah.

Categories : Perubatan Jawi

Leave a Comment