Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 520

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 535

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 542

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 578

Deprecated: Function set_magic_quotes_runtime() is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 18
Ayam Kita Ayam Organik HPA Sebagai Satu Alternatif
Aug
10

Ayam Kita Ayam Organik HPA Sebagai Satu Alternatif

By HPA Online Network

Isu ayam semakin hangat dibincangkan di dalam surat akhbar, risalah dan media massa. Begitu juga di masjid dan surau, begitu banyak ustaz yang membicarakan tentang halal dan haram. Ini haram itu haram. Terpanggil diri ini untuk bertanya, jika semuanya haram, bagaimana pula dengan alternatifnya? Adakah telah sedia ada dipasaran? Maka, wajarlah produk barangan HPA dijadikan sebagai alternatifnya atau pengganti kepada barangan asing. Hapuskan produk asing.

Ayam Enzim Babi

Mungkin ada dalam kalangan saudara yang bertanya, ini semua adalah gimik perniagaan dengan bertujuan untuk menjual produk barangan HPA. Saya katakan tidak sama sekali. Persoalannya adalah, pernahkah saudara terfikir makanan yang diberikan kepada ayam yang diternak hari ini? Dengan kata lain, makanan atau dedak ayam yang diberi kepada ayam ternakan. Pernahkah saudara menganalisis dan mengenal pasti bahan-bahan yang dicampurkan ketika membuat proses makanan ayam? Pernahkah saudara mengambil sampel DNA ayam ternakan hari ini? Adakah ia tidak bercampur dengan DNA babi.

Bukanlah niat saya untuk menjejaskan industri ternakan ayam, tetapi marilah kita berkongsi sedikit maklumat dan kebenaran mengenai isu ayam ini. Pada hari ini, terdapat satu bahan yang dikenali sebagai Dicalcium phosphate telah dicampur ke dalam proses membuat makanan ayam. Kenyataan ini telah diperjelas dan suarakan oleh pihak JAKIM dan CAP. Apakah itu Dicalcium phosphate? Ia adalah satu bahan yang diperbuat dari serbuk tulang-tulang binatang. Persoalannya dari tulang binatang manakah yang diambil? Berdasarkan kajian, kebanyakkan DCP yang terkandung dalam makanan hari ini dipercayai diperoleh daripada tulang babi yang telah disiap proses menjadi serbuk. Bahkan dengan mencampurkan DCP ke dalam makanan ayam hari ini, ia didakwa mampu membesarkan ayam dengan lebih cepat dan gemuk.

Yang kita soalkan disini adalah kehalalan. Pembeli utama ayam dipasaran hari ini adalah umat Islam. Ya, mungkin ada dalam kalangan kita menyatakan, ayam itu halal kerana disembelih mengikut cara Islam dan dijual oleh orang Islam. Yang kita tegaskan disini ialah makanan yang dimakan oleh ayam itu sekaligus akan menjadi sebahagian daripada DNA ayam itu sendiri bukanlah kaedah sembelihannya atau dibeli daripada orang Islam.

Ayam Kita Sate Ayam Organik HPA

Maka, Alhamdulillah HPA mengambil tanggungjawab ini dengan menyediakan bekalan ayam organik yang diternaknya sendiri dengan berteraskan makanan herba, diantara makanan yang dijadikan sebagai makanan ayam ialah habbatus sauda, jagung, ubi dan bijirin. Manakala vaksin ayam itu pula ialah dengan menggunakan daun mambu. Pada hari ini saja, ayam yang diternak oleh HPA mampu menanggung keperluan selama setahun. Subhanallah.

Sumber : Promsj Dan Radradix

Categories : Produk Halal HPA

20 Comments

1

[...] This post was Twitted by pingmysites [...]

2

HPA adalah sumber yang terbaik bagi umat Islam Malaysia sekarang. Masalahnya tuan blog, benda2 camni tak pernah sampai ke masyarakat kita. Apa yang masyarakat kita pentingkan, ‘janji kenyang’, ‘janji aku tak lapar’. Saya begitu tertarik dengan artikel tuan blog. Semoga saya terus dapat timba ilmu di sini.

3

Jom ke PBC… lebih banyak ilmu yg akan kita dpt dan boleh sebarkan ke seluruh ummat islam. Insyaallah.

4

Assalamualaikum.

Setelah membaca blog tuan, saya tertarik apabila tuan bertanyakan soalan.

“Pernahkah saudara mengambil sampel DNA ayam ternakan hari ini? Adakah ia tidak bercampur dengan DNA babi”

Dari soalan yang tuan timbulkan, saya beranggapan bahawa tuan cuba mengatakan bahawa DNA ayan dan khinzir bercampur. Saya ingin bertanya di sini, bagaimanakah 2 DNA ini boleh bercampur, adakah melalui prosess asimilasi atau penambahan maklumat dalam struktur genetik DNA.

Dari pemahaman saya, penambahan maklumat di dalam DNA, hanya akan merosakkan DNA tersebut dan kita tidak akan mendapat satu spesise yang sempurna, sebaliknya, kita akan mendapat satu gabungan yang teruk, sebagai contoh, haiwan yang separuh ayam dan separuh khinzir (disebabkan oleh penambahan maklumat genetik dalam DNA). Tetapi, seperti yang kita lihat, ayam-ayam ini tidak berubah ciri-cirinya, ia tetap ayam dan tidak mempunyai ciri-ciri khinzir.

Tambahan pula, tuan merujuk kepada pemakan ayam yang mengandungi DCP. Strukutur maklumat DNA tidak akan berubah melalui cara ini(pemakanan), tidak kiralah ayam tersebut diberikan Enzym apa sekalipun. Perubahan maklumat dalam DNA hanya berlaku melalui mutasi (kimia/radiasi) dan setiap mutasi adalah berbahaya dan rawak. sebagai contoh, se-ekor ayam mempunyai kaki di kepalanya, manakala se-ekor lagi mempunyai mata di tekaknya. Ia berbahaya dan tidak sama. Perubahan genetik juga tidak dapat diwarisi kepada generasi seterusnya, jadi, penggabungan DNA ayam dan khinzir, jika berlaku sekalipun, telur ayam masih selamat dimakan.

Memandangkan telah diterangkan bahawa maklumat DNA tidak boleh diubah melainkan hanya membawa kecacatan. Maka Asimilisasi juga patut ditolak dari pengiraan.

Kemungkinan yang saya telah fikirkan disini adalah, DNA ayam mungkin mempunyai persamaan dengan khinzir, tetapi kedua-dua DNA tetap berbeza, ayam tetap ayam dan khinzir tetap khinzir. Cuba kita lihat DNA chimpanzi, ia mempunyai persamaan sebanyak 96% dengan DNA manusia, tetapi manusia tetap manusia dan Chimpanzi tetap Chimpanzi. Persamaan ini bukanlah disebabkan oleh penambahan maklumat disebabkan DCP, tetapi merupakan suatu ketetapan.

Sebarang usaha manusia untuk mengubah maklumat DNA hanya akan membawa kecacatan, ia tidak akan mengekalkan sesuatu spesies dengan bentuk asalnya ataupun menghasilkan spesies baru. Tetapi ayam yang kita beli, tidak mempunyai kecacatan dan ciri-ciri khinzir padanya.

Kesimpulannya, DCP tidak menyebabkan penggabungan atau perubahan dalam DNA ayam, ia hanya menggalakkan pembesaran ayam sahaja. Dari apa yang saya belajar, hukum makan ayam ini adalah makruh dan tidak haram, kerana daging ayam itu tetap suci. Seperti kita meletakkan najis lembu sebagai baja kepada pokok, buah pokok itu tetap suci isinya.

Jika ada yang masih mahu mengatakan DNA ayam dan khinzir bercampur, sila beri sesuatu bukti yang saintifik dan jelas. kerana pada pandangan saya, dakwaan ini tidak logik dari pandangan sains genetik.

Assalamualaikum.

5

Note: Persamaan 96% DNA manusia dan chimpanzi tidak muktamad, ia bergantung kepada persamaan apa yang anda cari.

Assalamualaikum

6

assalammualaikum…

maafla.. Yg terpuji cuma satu saya nak tanya adakah elok? kita bagi makanan kepada haiwan contoh seperti ikan keli or ayam dimana makanannya dicampur dengan babi.. boleh kah kita makan?sedang kan bahan campuran lain yang datang dari bahan2 yang halal lagi suci ada untuk diberikan pada ikan keli or ayam tadi…

7

Kepada Yg Terpuji, saya bukanalah arif berkenaan pengajian genetik mcm saudara..tapi isu yang lebih penting di sini ialah soal mencampurkan makanan ayam dengan serbuk tulang babi dan itulah menyebabkan kewujdan DNA babi dalam sample ayam yg dikaji. Sanggupkan tuan makan (setelah mengetahuinya)ayam yang diberi makanan dengan campuran tulang babi? Adakah tuan tahu bahawa terkena najis babi tuan perlu menyamak tetapi terkena najis ayam tuan hanya perlu membasuh bersih dengan air biasa saja. Tidak boleh disamakan najis ayam dengan najis babi. Perkara najis, halal haram adalah hukum jelas, bukan boleh guna akal dan logik saja saudara..

8
bekas jururunding ayam organik hpa
March 31st, 2011 at 12:42 am

kepada sahabat2 yang menyampaikan komen yang membina . saya adalah orang yang bertanggungjawap membina tapak/asas pengeluaran ayam untuk HPA . maka saya merasakan perlu saya perjelaskan apa yang sahabat2 tidak jelas untuk tidak LEBIH TERBABAS PEMAHAMAN dalam permasalahan ini . saya telah membuat kajian/mencedok pengalaman selama lebih 25 tahun dalam industri ayam daging negara , kerana saya telah bekerja dengan syarikat pengeluar makanan ayam komersial sebagai after sales servis technician beralih angin kepada syarikat lain menjawat pengurus ladang ayam komersial yang bermuatan 500,000 ekor setiap masa (lebih 80 reban dalam 3 kompleks )dan dalam masa yang sama mengendalikan hal-hal teknikal ladang baka untuk keluar telur tetasan bagi menghasilkan anak ayam daging dan juga mengendalikan/pengawasan mesin tetasan yang beroperasi 365 hari setahun. selepas itu saya beralih syarikat dengan menjawat jawatan pengurus pembangunan perniagaan yang mana pengkhususuan syarikat ini mengeluarkan anak ayam daging berumur 1 hari ke pasaran. dari pengalaman yang saya pelajari , lalui , amati maka saya rumuskan makanan ayam daging bermula selepas tahun 1996 sudah tidak HALAL. FAKTA : sebenarnya makanan ayam daging yang dirumus untuk menjadi santapan ayam yang kita makan hari2 adalah terdiri dari lebih dari 10 bahan dan 2 daripada bhan itu terdiri dari tepung darah dan tepung daging+tulang @ single component bone meal ( untuk sumber protin / kalsium ) . 90 % bahan ini diimpot dari luar negara dan ternyata pengeluar bahan ini melabel sumber bahan ini diperolehi; ada yang melabel sebagai NON RUMINANT SOURCE , from pig waste @ pork @ monogaster source dll.perlu diingat bahan ini adalah digunakan sebagai sumber protin untuk tumbesaran ayam. bagi pengetahuan semua makanan ayam permulaan (starter - bentuk fizikal hancur -crumble ) mengandungi min 22% dan finisher min 18 % protin. setiap rumusan makanan paling tidak 18 % protin datang dari tepung yang dirujuk dan selebihnya dari jagung 5% , hampas soya 5 % ( formulasi dilakukan dengan perisian khas ( asas pengiraan adalah menggunakan pearson square ) yang boleh kita tentukan parameter harga asas , % kandungan bahan tertentu dan sangat kompleks untuk mendapat untung. JADI mengikut kata ulamak larangan keatas umat islam dari memakan makanan yang diharam itu sebahagiannya ada makna tersendiri kerana bahan makanan yang tidak dibenarkan itu akan mempengaruhi sifat /perangai kita kelak. lanjutan itu para ulamak juga mengatakan jika cthnya daging babi itu dimakan maka ZAT dari daging ini tidak akan bersebati dengan badan kita , kenyataan ini cukup jika kita takrifkan secara saintifik adalah ZAT itu adalah DNA asal binatang itu masih kekal didalam aliran badan sipemakan. DNA (ZAT seperti yang dikata oleh para ulamak) ini tidak bercantum dengan DNA kita tetapi menjalar dan menempel sahaja didalam sistem tubuh sebagai tisu badan kita tetapi sentiasa bersifat ASING.ZAT /DNA ini akan memmpengaruhi perangai dan tindak tanduk kita kelak , JADI inilah yang menjadi masalah kita . Bukti berikutnya adalah dalam satu kajian ( saya lupa artikel itu ) : KES: satu kaum terdapat 2 golongan iaitu ISLAM dan BUKAN ISLAM , kedua-dua nya makan tentu makanan berbeza , yang bukan islam berperangai TAMAK HALOBA , TINDAS MENINDAS , TIDAK MALU dll mewarisi ciri seperti binatang haram yang dimakan mereka. TERDAPAT 1 hadis sahih yang mana rasulullah saw melarang para sahabat meminum susu dari binatang aljalalah. sahabat bertanya apakah binatang aljalalah itu ya rasulullah ? baginda menjawab: binatang yang suka makan bahan-bahan najis. ada juga menyebut baginda turut melarang mengenderai binatang ini. jika kita merujuk kepada 1 kes yang dilakukan oleh pencinta haiwan dari australia pada sekitar 1997 dimana mereka melarang kerajaan mereka xport biri-biri ke saudi arabia untuk tujuan qurban musim haji , apa yang mereka lakukan adalah memberi makan tepung babi kepada biri-biri yang akan di xport pada tahun berkenaan dan kerajaan arab saudi membatalkan kemasukan biri-biri berkenaan dan biri-biri dari new zealand di bawa masuk pada tahun berkenaan. para pencinta haiwan ini sudah tahu haiwan aljalalah itu. Jadi isu ini sudah jelas bagi kita umat islam terutama dalam kes campuran bahan tidak halal ini dalam makanan ternakan. dalam satu perbincangan tertutup di kuala lumpur (1997) dihadiri oleh jakim , jais dsbnya dan saya juga turut hadir. perbincangan ini berkisar kepada penggunaan bahan haram sebagai bahan tambahan dlam makanan ternakan, semuanya berpendapat xboleh. tetapi tiada resolusi dikeluarkan untuk mengatasi masalah ini. saya bertegas penguatkuasaan logo halal jakim sangat penting bagi pengesahan halal atau tidak sumber makanan itu tetapi banyak dalih pula dari pihak jakim. Sehingga hari ini TIADA 1 SYARIKAT PENGELUAR MAKANAN AYAM YANG MENDAPAT LOGO HALAL, BERMAKNA MASIH TIDAK HALAL MAKANAN AYAM ITU. ( perlu di ingat makanan ruminan tidak dimasuk bahan ini kerana haiwan ruminan boleh buat sintisis sendiri protin mereka didalam perut menggunakan mikrob didalam rumen ). satu teknologi baru pula muncul iaitu teknologi protin hidrolisis dimana gerenti kita akan gagal untuk mendapat profail DNA binatang apa yang digunakan untuk protin berkenaan. jadi makin parahlah kita umat islam. sebagai jalan keluar para cerdik pandai perlu bergabung tenaga mencari kaedah/ bahan gantian bahan protin yang disebut tetapi perlu diingat tepung ikan adalah bahan pengganti tetapi tepung ikan sudah diganti dengan tepung yang disebut maka untuk kembali semula kepada tepung ikan semakin sukar kerana sumber berkenaan semakin terhad dan sudah di nasihat untuk menghentikan tangkapan oleh badan dunia iaitu FAO kepada negara ( chile dll )yang melakukan kerja menangkap ikan untuk tujuan diproses menjadi makanan haiwan kerana sumber ini semakin menyusut bagi makanan manusia.pembangunan teknologi bidang baru cthnya seperti pengeluaran tepung cacing belaan (tiger worm dsbnya) , maggot worm , cengkerik dll perlu diterokai oleh umat islam melalui pembentukan jemaah yang padu. kerana jika kita rujuk didalam internet negara China boleh xport dried maggot worm tetapi kita kena pastikan sumber dan cara penternakan jangan jadi pisang berbuah 2x plak. jadi kita sendiri mesti menguasai penghasilan untuk kegunaan kita. disini kita tidak boleh menyalahkan pihak2 tertentu kenapa tidak buat itu ini , hebah itu ini seperti apa yang menjadi kemelut dalam masyarakat kita dan isu itu cair ditelan masa.

bersama kita berubah cara berfikir.

9
muslim food hawker
April 16th, 2011 at 11:02 am

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian.

Saya amat tertarik dengan ulasan 2 orang sahabat diatas iaitu Yg Terpuji dan bekas jururunding ayam organik hpa.

Saya seorang peniaga makanan keluaran Muslim berskala kecil. Saya bukan nak bercakap teknikal di entri ini. Cukup sekadar saya mengetengahkan beberapa isu besar dalam cabaran kita memasarkan produk halal, yang selama ini mungkin kita terlepas pandang mengenainya.

Ketepikan dulu soal DNA babi dalam ayam, ketepikan dulu fakta mengenai makanan ayam selepas tahun 1996 sudah tidak halal.

Isu yang lebih utama yang ingin saya utarakan disini ialah, kenapa stok ayam HPA selalu terputus? Isteri saya berdaftar sebagai ahli HPA. Tetapi entah dah berbelas kali, setiap kali kami pergi ke stokis HPA untuk membeli ayam, kami menerima jawapan yang AAAAAMAT “melemahkan” - Maaf, stok ayam tak ade…!!! Keadaan lebih kritikal pada bulan Ramadhan dan bulan Syawal.

Itu baru satu isu. Isu stok bekalan. Belum lagi isu harga. Ya. Memang benar. Kebanyakan kita disini akan berhujah apa salahnya membayar lebih untuk mendapatkan yang “halalan thoyyiban”?

Tetapi adakah kita hendak melupakan saudara seIslam kita yang berpendapatan rendah? Pernahkah kita memikirkan mereka itu sebenarnya tidak mampu membayar sehingga RM15 - RM16 semata-mata untuk mendapatkan seekor ayam, apatah lagi jika mereka berkeluarga besar.

Ni baru isu ayam. Belum lagi kita cakap pasal barangan lain keluaran HPA seperti minuman Koko Radix, yang harganya jauh lebih mahal daripada Milo. Pun selalu kehabisan stok juga!

Ketka saya berniaga, saya menjual serbuk koko minuman malt coklat dan “Ice Blended” keluaran 100% syarikat Muslim. Ada seorang hamba Allah, ahli HPA juga, semacam memarahi saya. “Kenapa tak jual Koko HPA?”

Saya terus menjawab ” Selain perasa coklat, apa lagi perasa yang HPA ada? Salahkah saya jual produk Muslim lain? Adakah HPA boleh menawarkan harga yang murah seperti yang saya dapat sekarang, untuk bersaing dengan produk Yahudi?”

Sahabat kita itu terus bungkam terdiam, tidak dapat menjawab soalan saya.

Sama-samalah kita renungkan.

10
bekas jururunding ayam organik hpa
April 17th, 2011 at 12:17 am

terimakasih muslim food hawker

untuk maklumat kita bersama , produk yang anda nyatakan selalu terputus adalah tepat sekali. hasrat keluaran produk ini untuk melepaskan tekanan kepada kita sebagai muslim, tetapi produk ini rupanya menjadi rebutan kepada non muslim. saya tidak pasti lokasi anda. jika ada kesempatan jenguklah restoran ayam goreng siapa antara pelanggan yang memenuhi ruang makan? rakan kita non muslim menerima produk ini dengan bangga kerana mereka tahu khasiatnya memakan barang halal, bebas chemical. saya cukup bangga. jika keadaan ini berlaku maka permintaan melebihi engeluaran maka selalunya harga akan meningkat. tetapi produk ini tidak meningkat harga ! soal harga yang tinggi . itu betul. tetapi produk konvensional lagi tidak betul penetapan harganya. ada bermacam cara penipuan pengeluar ayam lakukan dalam timbangan. dari pengalaman saya - mereka mendinginkan air minuman ayam , maka ayam akan minum lebih air dan banyak air dalam badan ayam dan mereka menjual air rm 7/kg… mahal betul air depa. kita membeli ayam yang lembik dan banyak air dan apabila dimasak daging itu air akan keluar dari isi dan tinggal isi yang kecut sahaja.kecut ke kecut ler… asal murah. pihak peniaga ayam (pemproses ayam hidup untuk dijual dipasar) sentiasa mengeluh kerana mereka hilang timbangan berat ayam, jadi mereka mengambil pendekatan hanya sembelih dan buang bulu sahaja , isi perut masih membonyot semasa dipamir untuk di jual. apabila pelanggan mahu baru di potong2 kerat2. adakah kita sedar apa kandungan isi perut ayam itu yang kita dah beli tetapi di tolong buang oleh penjual ayam itu ? PASIR ! dalam 1/2 cawan dalam 1 ekor … kita beli rm 7/kg . mahal betul pasir depa…. penternak ayam yang tidak jujur memberi makan ayam mereka pasir untuk menambah berat timbangan dan pasir ini lekat lama dalam hempedal ayam. tetapi bukan semua ayam diperlakukan seperti itu… . jika tak buat macam itu ada lagi 5 cara lain yang boleh dilakukan. kona pi kona mai kita pengguna juga kena tipu. kos input produk ini dan produk konvensional adalah sama. secara teori, tetapi kita kena faham klaus ni : tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri yang berusaha mengubahnya;maknanya si pengeluar input ternakan ayam ada konspirasinya . walaupun kos nyata adalah sama tetapi amalan “credit note” dilaksanakan untuk kaum mereka. tentu kos mereka rendah berbanding kita. dan mereka pun hairan kenapa produk ini masih boleh dikeluarkan dan dah menjangkau tahun ke 4. dimana kekuatannya ? barokah!

produk lain spt minuman popular dan lain2 memang mereka boleh jual murah . adalah menjadi kebiasaan kita tidak menyiasat apa kandungan, yang kita tahu tengok tajuk besar dan jangan tertukar tin minuman koko popular itu dengan tin cat grill sahaja.atau dalam pack sekarang ini tidak tertukar dengan pack sabun debu bio zip sahaja. cukup!
sebenarnya apa debu yang dimasukkan yang mana mereka boleh jual murah sangat? biji koko sama sahaja harga di pasaran , ada benda boleh guna credit note tetapi ada benda yang tidak boleh . kalau saya nyatakan ada satu kajian dan pendedahan yang mana mereka telah mencampur tepung selut liat boleh kita percaya? saya percaya kerana tanah satu lori rm 70 sahaja, ini boleh dilakukan ! berapa ribu pack 1 kg boleh dihasilkan tepung koko itu? tentu boleh djual murah . tepung tanah pun hentamlah asalkan cap ni masuk tv dan harga murah. P ramli dah buat filem serbuk kopi dari arang kuali itu dulu … sekarang lagi canggih.. telur tiruan pun sama seperti asli.. kes telur tiruan pun satu juga dimana saya telah menjumpai dan mengesan semasa saya membuat kunjungan ke serdang pada oktober tahun 2010. telur ini dah ada diguna oleh penjual roti canai disana tanpa diketahui. dan saya terus membuat perbincangan dan tian kedai itu tahu cara untuk mengesan kehadiran telur ini dalam tray telur yang dibeli dari pembekal..

saya juga tertarik dengan pertanyaan anda jika harga mahal macam mana orang miskin akan mendapat produk yang baik ini? saya mencadangkan anda menjadikan keluarga itu sebagai keluarga angkat dan sedekahkan ayam itu bersama benda2 lain. kerana kita sekarang dah tak amalkan sedekah untuk saudara seislam kita dalam hidup kita. kita lebih pentingkan sedekah kita kepada ASTRO , MOBILE PHONE , KEDAI AKSESORI KETA , saya juga mengingatkan kepada diri saya untuk melakukan sedekah. saya tidak sedekahkan kepada pihak2 spt d atas, saya satu keluarga masih mendapat maklumat terkini. ikut trend juga.

saya hormat anda kerana mengutamakan keluaran muslim. cuma tsunami kesedaran pentingkan kepada produk muslim dicetuskan secara besaran oleh gerakan lebih 700,000 orang ahli berdaftar dibawah satu keluaran ini dan impaknya lebih baik daripada biasa kerana orang dulu2 pun membincangkan isu seperti kita bincang sekarang tetapi mereka tidak mampu lakukan sehingga saya ingat lagi nak ketul ais untuk bebuka posa masa saya kecik2 dulu masih kita tak mampu buat. sekarang orang kita dah beniaga ais kiub menggunakan trak pengedaran. ini petanda baik kerana gerakan ini semakin membiak secara terurus dan teratur.

bersama kita istiqomah melakukan perjuangan dan melakukan muamalat mengikut sunnah dan insyallah kita dapat menguasai ekonomi dan menguruskan secara islamik kerana 9/10 rezeki dari perniagaan.

saya pun hidup dengan berniaga untuk sara keluarga. suka menolong jemaah islam untuk ke hadapan tanpa perkiraan upah mengkayakan diri tetapi saya menerima gaji dari ALLAH.

SALAM.

11
muslim food hawker
April 23rd, 2011 at 9:21 am

Sentiasa Istiqamah dalam perjuangan.

Inilah yang sepatutnya menjadi pegangan ahli-ahli HPA dan peniaga-peniaga produk Muslim yang lain juga.

Namun saya sedih bila mendapati sebahagian ahli HPA (bukan semua) menyertai HPA kerana tertarik dengan sistem MLMnya, bukan kerana tuntutan Fardhu Kifayahnya.

12

Assalamualaikum wbt..

Dr Yusuf al-Qaradawi menganggap tidak semua pengawet makanan dan enzim yang digunakan yang berasal daripada BABI itu haram dimakan. Perubahan kimia telah mengubah struktur ‘babi’ kepada bentuk lain, ia tidak lagi najis dan sudah menjadi bersih. Justeru, mana-mana kandungan makanan yang mengandungi Emulsifier atau Stabilizer yang berasal dari babi adalah suci dan halal. [Qaradawi, Fatawa Mu'asirah, Jilid 4, h. 658]

so macamana ni??keliru…

13
Dunsuntutmybuntut
July 10th, 2011 at 5:30 pm

Salam. HPA’s organic standards is not recognized. The reason i say this is because no SOM(Organic Scheme) exists for poultry. Secondly, if in accordance to EU standards, HPA is not even close. In other countries using the term Organic will need certification, and those abusing the term will be penalized. Tapi ni kan Malaysia, jangan cakap pasal kelentong orang guna terma ‘organic’… jual beer ‘halal’ pun ada!

14

ni lah keje..memburuk2kan benda2 yg korang tak pasti…kalu betul dna ayam2 tu boleh bercampur ngan dna babi, sila kemukakan medic testing report dna…tau tak tindakkan korang ni sedikit sebanyak boleh menjejaskan orang2 kampung yg duk bela ayam n jual kat pasar tuh?
susah tol la kalu orng tak blaja bab2 perubatan tp nk sembang hal2 perubatan…zzz…

15

aku sokong ngan maklumat yg dilampirkan oleh yg terpuji dan komen oleh muslim food hawker

16

assalamualaikum…

saya kadang2 terfikir,sesiapa boleh betulkan apa yang saya pikir ni?

1)apa yang dimaksudkan ayam organik?yang saya tahu ayam organik diberi makanan organik,dan tidak dicucuk,tapi melihat keadaan ayam HPA kadang2 besarnya macam dicucuk.

2)setuju dengan pandangan MFH,harga product HPA mahal,adakah sebab memang kos nya mahal atau disebabkan ia dijual menggunakan system MLM?

3)kalau lah dikatakan makann ayam sekarang mahal,y not,HPA bawak ke makmal dan buktikan secara saintifik,bawak kepada majlis agama ke sesiapa yang patot,dedahkan,dan lepas tu HPA keluarkan lah makanan ayam halal pulak…ini boleh jadi business yang bagus (apa yang saya cuba katakan,kenapa kita tak pulihkan apa yang rosak dari akar umbi which is makanan ayam itu sendiri,sebab itu yang diperkatakan)

17
bekas jururunding ayam organik hpa
September 30th, 2011 at 3:16 pm

tahniah kepada rakan DUNSUNTUTMYBUNTUT . anda adalah orang yg plg bagus dalam menjelmakan standard untuk rujukan. tetapi sumbangan anda menyusahkan. anda tau tak di malaysia ni memang hidup x ada standard. ikut barat ke , ikut timur ke , ikut islam ke . yang ada sistem taik cicak ( putih skerat itam skerat ). pihak berkuasa yang terlibat dalam kes @ hal halal haram ni telah lama kita bermuzakarah. mereka takut nak nyatakan PERKARA HAQ. kenapa mereka takut ? begini …. jika sekarang mereka bekerja di KL tetapi bila cuba meletakkan yang HAQ pada tempatnya mereka akan di masukkan dalam FREEZER , DITUKAR KE TAWAU SABAH…(moga-moga anda faham). jadi jemaah kami menjelmakan sistem penternakan organik dengan merujuk kepada panel syariah yang kami tubuhkan sendiri terdiri dari guru2 agama lulusan pondok tradisional ,lulusan pondok moden , pensyarah universiti yang sukarela , ahli sains yang cenderung memperjuangkan islam . mereka ini bermuzakarah dan menyelidik tanpa mendapat ganjaran RM setimpal tetapi mengharapkan ganjaran dari ALLAH. jadi inilah perjuangan kami. pihak berwajib tidak mahu melakukan seperti kami lakukan. contoh yg nyata sedang melanda kita sekarang iaitu semua orang ingin jadi kaya dengan duduk2 sahaja seperti terjadi dalam mengejar kekayaan dalam industri burung walit ( pihak kerajaan x ada teknologi dalam hal ini ) tetapi mereka nampak ini akan memberikan pendapatan kepada jabatan mereka dengan melesenkan pengusaha ( sekarang ada 22,000 orang ) berapa byk RM mereka dapat setahun hasil lesen? anda fikirlah sendiri. masa mula2 usaha ini dilakukan oleh pengusaha cina terutama di perak mereka x hirau pun nk belajar ke … , menjalankan kajian lapangan sendiri ke.. alih2 bila perusahaan ini berkembang maka dilesenkan pulak. sama dengan industri ayam organik ni…. memang pihak kerajaan n yang berwajib x ambil tau , ttp bila industri ni mula berkembang dan mengatasi sistem konvensional mereka akan mewujudkan akreditasi utk produk ini. dapat jgk merasa duit lesen . skrg ni jabatan kerajaan akan menerima anugerah tahunan jika jabatan berkenaan PANDAI MEMBUAT DUIT UNTUK NEGARA ! anda tgk lah masa ke depan ni… COGANKATA PERJUANGAN KAMI ADALAH “PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA” halal merangkumi dari bahan , pembuatan , pembungkusan , muamalah dll. boleh dikatakan kebanyakn ahli HPA dah melawat dan menyelami semua kerja2 HPA kerana HPA adalah hak semua ahli. jadi bagi yang pandai seperti anda tentu anda blm melawat dan mengenali HPA. sbb tu anda komen berasap ! kami takkan nk dedah semua rahsia perniagaan tetapi bila anda dah jadi ahli dan menyelami perjuangan semua selok belok anda faham dan mungkin anda adalah orang yang paling tak senang duduk untuk berdiri menegakkan perjuagan ummah ini. saya doakan allah membuka pintu hati kalian. amin.

18

Salaam… Kepada bekas jururunding ayam organik hp, saya harap saudara sudi menghubungi saya di saifuzo@gmail.com. Ada beberapa perkara yang saya nak bincangkan untuk kebaikan semua.
Terimakasih

19

salam

HPA syarikat perniagaan bukan badan amal
Memang sudah kebiasaan sebuah syarikat akan menjatuhkan yang lain untuk menaikkan hasil jualan. Kita boleh renung ada yang kata YANG PANDAI AKAN BERADA DIATAS, YANG BODOH BERADA DIBAWAH. Siapa tak mahu kekayaan…
Pernah tak kita fikir soal orang yang kurang dan orang yang lebih. Cara HPA buat memang baik tapi tak payah le burukkan orang lain untuk cari makan/rezeki jugak. Bukan semua produk HPA tak bagus dan bukan semua bagus.

terimakasih

20

DNA ayam boleh bercampur dgn DNA babi? Satu kenyataan yg sangat tidak betul.

Saya rasa jururunding ayam ni bukanlah seorang yg tau pasal poultry science. Maybe pernah kerja dlm industri ayam tapi tak ada broad knowledge dlm sains ayam itu sendiri. Maybe sekadar driver lori ayam kot…gurau jer.

malas saya nak debate pendapat beliau tapi cukup saya kata byk point dia tu jenis merapu, not worth to dabate..

…DNA boleh bercampur…sampai skrang aku tak habis gelak

Leave a Comment