Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 520

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 535

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 542

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 578

Deprecated: Function set_magic_quotes_runtime() is deprecated in /home/msufian/public_html/hpa-online/blog/wp-settings.php on line 18
Habbatus Sauda Penawar Pelbagai Jenis Penyakit
Oct
29

Habbatus Sauda Penawar Pelbagai Jenis Penyakit

By HPA Online Network

Habbatus Sauda

Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan, bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab. Oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain “‘Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr. Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa kesan.

Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain :-

  1. Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  2. Antiarthritis, mengubati reumatik.
  3. Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  4. Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  5. Antiseptik, mengubati bau mulut.
  6. Antivirus, mengubati demam dan flu.
  7. Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  8. Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  9. Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  10. Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan hempedu.
  11. Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  12. Nematocidal, mengubati cacing pita.
  13. Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
Categories : Produk Halal HPA

4 Comments

1

salaamualaikum,
harap pihak tuan huraikan sedikit berkenaan kebaikan habbatussauda kpd lelaki utk dijadikan supplekemnt harian. Kebanyakkan manfaat yg diterangkan selalunya kesan kpd wanita. Jadi lelaki ragu2 nak jadikan habbatussauda sbg supplement harian. adakah ia selamat & bermanfaat utk lekaki dan wanita utk digunakan sbg supplement harian (tak semestinya bila sakit baru makan habbatussauda).

syukran

2

Informasi tentang Habbatus Sauda Penawar Pelbagai Jenis Penyakit sangat membantu saya. apalagi saya dari mahasiswa proteksi tanaman. infonya cukup jelas tapi akan lebih baik bila ditambahkan dengan variasi gambar, pastinya lebih menarik.Terima Kasih^_^

3

Sehat itu sejatinya tidak mahal. Sayangnya, dengan gaya hidup orang kota, sering kali kesehatan menjadi tidak murah. Harus ke gym, menyempatkan waktu, dan berbagai alasan lain sehingga membuat seseorang bahkan menyimpan problem kesehatan di kemudian hari. Kesibukan pekerjaan di kantor yang bejibun sering kali merupakan biang keladinya. Berangkat dari menit ini, Anda seharusnya menyisihkan waktu berolah raga, meski cuma sebentar.

4

kebayakkan masyarakat islam tdk tahu akan kelebihan yg ada pada habatus sauda. hal ini juga turut mendorong mereka tdk knl rupa bentuk asli habbatus sauda.Saya takut untuk menggunakan habbatus sauda dlm amalan seharian kerana bentuk aslinya yang menakutkan.tapi,akhirnya saya membiasakan dalam kehidupan kerana saya yakin janji tuhan pasti berlaku.

Leave a Comment