Dec
16

Madu Lebah Asli Dan Madu Lebah Tipu

By HPA Online Network

Madu

Madu lebah asli pun boleh dibuat terutama madu lebah yang dihasilkan oleh lebah ternak. Madu lebah asli di sini bermaksud madu itu asli dikeluarkan oleh perut lebah namun cara lebah mendapat madu itu kurang asli kerana ada sesetengah lebah ini diberi makan gula merah.

Caranya sebungkus gula merah diletakan berdekatan dengan sarang lebah. Jadi lebah pekerja ini tidak perlu pergi jauh untuk mencari madu. Lebah pekerja ini cuma perlu makan gula merah dan hasilkan madu dari gula berkenaan. Begitu juga ada sesetengah pengumpul madu membawa gula ke dalam hutan dan diletakkan di pangkal pokok yang mempunyai sarang lebah. Jadi mereka akan mendapat  madu yang lebih banyak. Pelaburan sekilo gula dengan sekilo madu yang dihasilan amat besar untungnya.

Manakala madu lebah tipu adalah air gula yang pekat dimasak secara pelahan-lahan kemudian sedikit asid makanan seperti asid sitrik di tambah. Asid sitrik akan memecahkan gula kepada glukosa dan fruktosa dan warnanya likat seperti madu. Madu sebahagian besar terdiri daripada gula glukosa dan fruktosa manakala gula pasir adalah sukrosa (sukrosa adalah campuran glukosa dan fruktosa).

Sumber : Sobhis HPA

Categories : Produk Halal HPA

3 Comments

1
siti shuraiba md sulhan
January 11th, 2010 at 1:07 pm

salam 2u.saya nak tanya.hpa adatak menjual bahan2 asas untuk membuat kek n roti?seperti geletine,bread improver dan sebagainya?tanks

2

Buat masa ni belum lagi

3

faedah madu mmg banyak..apa yg dinyatakan diatas mmg ada betulnya…tp yg menjadi masalh ialah mencari madu asli..kebanyakkan dipasaran malah yg dijual oleh penduduk kg ada yg xasli…mmg sukar utk membezakan madu asli atau tak…tp bg yg sentiasa minum dan menjadi amaln harian akan tau asli ke tidak dengan sendirinya. keluarga saya mmg amal minum madu kerana keturunan kami ada penyakit asma/lelah bermula dr atuk..ayah dan skrg kakak, kakak saya mmg amal minum madu selama 8 thn kerana dia yg paling teruk, untuk mengelak dr bekalan terputus kami terus dapatkan dr pencari madu bukan lg digerai2 tepi jln, kami katakan padanya mahal pun tidak menjadi masalah yg penting kami mahukan original, sejak itu kami dpt madu asli dr pencari madu di kg n kg berdekatan, kami ada 3 pembekal madu…ada madu hutan pantai(pokok Gelam) madu nipah…madu hutan bukit, rasanya berbeza mengikut kawansan dan musim…ada musim bunga kembang n bunga kudup, bunga kudup rasa skit payau sbb bunga blum betul2 kembang/masak…begitu juga musim hujan atau panas..musim panas madu lebih manis n musim hujan skit tawar tp tetap juga manis….bnyak lg saya nak terang tentang madu tp ruang nie kecil…saya amat berterima kasih pada pencari madu, untuk membalas budinya saya berjanji untuk menolongnya menjual madunya dan dpt untung skit2, madunya tidak ada jenama sbb org kg yg cari dan hanya dalam botol minuman sahaja…. kepada yg berminat utk mngetahui lebih lanjut boleh berhubung dgn saya di 0193089906

Leave a Comment