Profil Syarikat
Satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’ semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.
Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.
Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.
Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki empat buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba Rossele, Pegaga, Misai Kucing, Jagung, Serai, Pisang dan ternakan Ayam,itik, lembu dan Kambing Organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.
Kilang syarikat HPA terletak di alamat
- B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis dibawah skim Bank Pembangunan Malaysia.
- Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis.
- Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah.
- Kilang Cola Radix, Kaw.Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani Kedah.
- Kilang Kopi Radix, SME Bank Lok Kawi Kota Kinabalu, Sabah.
- Kilang Air Mineral HPA,Batu 14 Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena Kedah.
- Kilang Baja Organik, Bukit Tembaga, Padang Terap Kedah.
Kini Jumlah pekerja kilang HPA melebihi 1000 orang.
Keutamaan pelanggan sememangnya menjadi amalan pihak pengurusan. Untuk menjamin organisasi yang berdaya maju, beberapa bahagian yang diketuai pengurus-pengurus terlatih, telah diwujudkan. HPA Industries Sdn Bhd diterajui oleh Pengarah Urusan, dibantu oleh enam orang Pengurus Besar iaitu :-
- Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd
- Pengurus Besar HPA Food & Beverage Sdn Bhd
- Pengurus Besar HPA Industries Sdn Bhd
- Pengurus Besar Akaun
- Pengurus Besar PT Wahida Indonesia.
- Pengurus Besar Sistem Pengurusan Maklumat MIS
Untuk melicinkan urusan perjalanan syarikat, beberapa Pengurus, Penyelia dan juga Eksekutif dilantik iaitu:-
- Pengurus HPA Industries Sdn. Bhd
- Pengurus Pembelian
- Pengurus Pinjaman
- Pengurus Zon Utara
- Pengurus Zon Tengah
- Pengurus Zon Selatan
- Pengurus Zon Timur
- Pengurus Zon Luar
- Pengurus HPA Food & Beverage Sdn. Bhd
- Pengurus Akaun HPA Industries Sdn. Bhd
- Pengurus Akaun Al Wahida Marketing Sdn. Bhd
- Pengurus Pentadbiran
- Pengurus Jabatan Kawalan Kredit (JKK)
- Pengurus Sumber Manusia
- Pengurus Pembangunan & Pengangkutan
- Pengurus Latihan & Promosi
- Pengurus Bahagian Kopi Radix
- Pengurus Bahagian Kopi O
- Pengurus Penyelidikan & Pembangunan (R&D)
- Pengurus Sistem Pengurusan Maklumat (MIS)
- Pengurus Bahagian Stor (Kuala Lumpur)
- Pengurus Bahagian Sabun
- Pengurus Bahagian Kosmetik
- Pengurus Bahagian Kordial
- Penyelia Bahan Mentah
- Penyelia Bahagian Kit Niaga
- Penyelia Bahagian Stor
- Penyelia Bahagian Biskut
- Penolong Pengurus Pentadbiran
- Penolong Pengurus Sumber Manusia
- Penolong Pengurus Bahagian Kapsul
- Eksekutif IT
- Eksekutif Pembelian
- Eksekutif Latihan
- Eksekutif Pegawai Pendaftar
- Eksekutif Kualiti
Rantau Asia Tenggara dengan hutan tropika khatulistiwa
sememangnya kaya dengan tumbuh-tumbuhan herba. Sejak turun-temurun lagi, pemakanan herba telah pun menjadi amalan untuk mengatasi segala masalah kesihatan.
Hidup sihat berasaskan herba kini memasuki era moden. HPA Industries telah berjaya menggabungkan produk-produk herba secara komersil. Sehingga kini, 81 produk telah pun dipasarkan dan banyak lagi akan dilancarkan pada masa akan datang. HPA Industries Sdn Bhd menitikberatkan kualiti dan proses pengeluaran yang menjamin mutu produk sentiasa konsisten.
Bekalan bahan herba seperti pegaga diusahakan sendiri di ladang-ladang milik syarikat. Pengawasan yang rapi diberi terhadap bahan utama ini untuk menjamin mutu keluaran yang tinggi. Semua bahan herba lain juga melalui kawalan mutu yang ketat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Penggabungan aspek Islam dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.
HPA telah membuka beberapa cawangan di semua negeri bagi memastikan proses pemindahan maklumat dapat disalurkan dengan sempurna dan semua pelanggan dapat membeli produk dengan senang dan cepat. Antara aktiviti yang berlaku di peringkat cawangan adalah penjualan produk disamping penyebaran maklumat produk melalui initiatif seperti broshur, pamplet, flyers dan kursus mingguan yang dianjurkan. HPA mensasarkan penambahan cawangan di seluruh negeri sebanyak 150 cawangan sehingga JUN tahun 2009. Buat masa ini cawangan HPA yang sedia ada adalah sebanyak 70 buah cawangan.Termasuk 5 Cawangan Di Indonesia dan 1 Di Brunai. Stok AGEN kini lebih dari 1200 Orang. Dengan keahlian perniagaan MLM lebih 500,000 orang.
“Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Akan Tukarkan Dengan Ketulan Emas” Tn Hj Ismail b Hj Ahmad
Motto Syarikat
“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
Visi Syarikat
HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan.
HPA komited menjadi pengeluar dan pemasar produk halal melalui jaringan MLM Syariah di negara ini.
HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa.
Misi Syarikat
HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herba dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami.
HPA juga memberi keutamaan mempelbagaikan keluaran produk-produk halal bagi tiga produk utama iaitu makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian.
HPA menyedia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga, dan masyarakat.
Anak Syarikat
Syarikat-syarikat HPA dan aktiviti ekonominya adalah seperti berikut:
- Al-Wahida Marketing Sdn Bhd - Pemasar semua produk melalui perniagaan MLM
- HPA Industries Sdn Bhd - Pengeluar ubat-ubatan herba
- Cola Radix Sdn Bhd - Pengeluar minuman berkarbonat (Radix Cola dll)
- HPA Food & Beverage Sdn Bhd - Pengeluar minuman dan makanan
- Radix Industries Sdn Bhd - Pengeluar Kopi Radix
- HPA Farm Sdn Bhd - Pengeluar ayam dan air mineral
- HPA Ilham Sdn Bhd - Agensi pelancongan
- RFC Sdn Bhd - Restoran Radix Fried Chicken (RFC)
- El- Zaharaa Sdn Bhd - Hotel, homestay, JHS, HPA collection, toharah dobi
- Centella White Sdn Bhd - Produk kosmetik
Perutusan Lembaga Pengarah HPA
Sejak turun temurun lagi masyarakat kita telah pun mengamalkan
penggunaan barangan herba sebagai ubat bagi mengatasi segala jenis penyakit. Atas kaedah inilah HPA diasaskan. Alhamdulillah kita dapat bersama membina bukan sahaja satu perniagaan yang menguntungkan, bahkan dapat menyumbang ke arah kesejahteraan hidup sekeluarga.
Sejajar dengan peredaran modenisasi masa kini, rawatan herba HPA juga dapat menepati proses pengeluaran yang canggih. Dengan pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik “Good Manufacturing Practice” (GMP), syarikat HPA berupaya menjamin mutu kualiti barangan keluaran sentiasa konsisten pada tahap yang tinggi.
Menjelang alaf baru ini, syarikat HPA menjanjikan satu lonjakan baru yang berdaya maju. Ini akan membawa pembaharuan yang lebih positif kepada semua. Akhir kata, kejayaan kita semua bergantung ke atas usaha-usaha berpandukan visi dan misi yang diajukan. Syarikat HPA komited terhadap nilai ini dan akan sentiasa mengorak langkah-langkah positif demi kejayaan kita bersama. Sekian. Wassalam.
Tuan Haji Ismail b. Haji Ahmad (Pengarah Urusan 1)
“Produk Halal Menjadi Nadi Perjuangan Dan Rezeki Yang Diberkati ALLAH, Menjadi Garis Panduan Perniagaan Kami. Amin.” Tn Hj Ismail b Hj Ahmad
