Perasmian Radix Bakery House Di HPA City
By
Radix bakery house HPA yang terletak bersebelahan dengan radix oriental cuisine (ROC) memulakan perniagaannya pada 5 Ogos 2009 selepas dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Haji Ahmad. Radix bakery house ini menggunakan produk-produk HPA seperti olive oil, madu, kismis, kopi radix, koko radix, jem nenas, jem roselle dalam pembuatan kek dan roti yg dijamin HALAL.

Di samping itu juga produk-produk radix bakery house ini mempunyai keunikan tersendiri kerana mengandungi herba-herba HPA. Di antara produk-produknya ialah cup cake, muffin, aising cake, pizza,cream puff, roti, butter cake, biskut dan lain-lain.
Di antara sebab-sebab yang membuatkan HPA mahu menubuhkan kedai keknya sendiri adalah kerana menyahut seruan daripada JAKIM dan PPIM yang mengatakan bahawa lebih daripada 80% kek yang dijual di pasaran pada hari ini menggunakan berus yang mengandungi bahan haram.

Penggunaan jeli dan gelatin serta keju yang berleluasa dalam pembuatan kek ini juga antara faktor usaha dari HPA ini. Alhamdullillah, keju yg digunakan dalam produk radix bakery house ini adalah diperbuat daripada minyak kelapa sawit seperti yg dimaklumkan oleh Tuan Haji semasa perasmian berlangsung.
Penggunaan mentega dan pewarna juga membimbangkan kita. Tetapi HPA tetap mencuba mencari altenatif lain yang dapat menggantikan bahan ini. Malah ada juga kek yang mengandungi sedikit alkohol untukk membuatkan kek tersebut jadi gebu dan besar. Semua masalah ini Insyaallah, HPA berusaha untuk mengadakan altenatif lain.

Semoga perniagaan kek ini dapat didirikan di setiap daerah seluruh Malaysia. Insyaallah.
Sumber : Abualghida

5 Comments
January 31st, 2010 at 6:02 pm
alhamdulillah, akhirnya ada juga kek orng islam. Macamana nak jadi fracisor kepada bakery HPA nih??
February 2nd, 2010 at 9:40 pm
Tuan boleh call HQ 04-9776805 untuk maklumat lanjut.
July 14th, 2010 at 11:59 pm
assalamualaikum…
radix bakery house ni kat mana ya?
July 15th, 2010 at 10:51 pm
wsalam.
Di Sungai Petani (lagenda height) dan di kota bahru kelantan.
May 25th, 2011 at 9:07 am
bila radix bakery house nak masuk kl ?.pasaran yg amat besar disebelah sini.umat islam di kl dan selangor dahagakan produk usahawan muslim seperti radix bakery house ini.