Radix Pizza House, Pizza HPA Mula Beroperasi
BySatu lagi sejarah telah pun dilakar oleh HPA di mana, Pizza HPA yang dinanti-nantikan oleh para pengedar HPA telah pun mula beroperasi pada 17hb Oktober 2009 bertempat di Lagenda Heights, Sungai Petani. Waktu perniagaan juga adalah sama seperti rangkaian restoren HPA yang lain iaitu bermula jam 9.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam.
Kita seharusnya berbangga dan bersama-sama dengan HPA kerana usaha ini akan mengembang dan meningkatkan lagi ekonomi ummah. Kerana produk yang BERKAT akan mendapat KEREDAHAAN dari ALLAH. Insya’allah…

“Rugi kalau ke Sungai Petani tak singgah di Radix Pizza” kata salah seorang peserta sijil kepada temannya melalui pebualan telefon. “Radix Pizza?” siapa punya pulak? tanya temannya. “Milik kita semua la..” katanya. “Macamana tu, aku tak faham?” perbincangan semakin rancak. “Iya…kan kita semua ahli HPA, perjuangan HPA bukan untuk peribadi tepi untuk ummah” semangat sekali ucapan peserta sijil ini.
Terdiam sebentar… “Halo..halo…” dia menyangka line telah terputus. “Iya…aku mendengar ni” suara temanya pelahan, rupanya diluar pengetahuan temannya itu menangis hiba. Menangis bersama doa bahawa sudah sampai masanya umat Islam mengusai pasaran Halal di negara ini dan dunia. “Allah huakbar” tiba-tiba dia bertakbir. Teman sijilnya benar-benar terkejut tetapi dia juga dapat merasai apa yang dirasai oleh temannya itu. Pelahan dia menyebut “barakallah.”.




Sumber : Bahterajuang

12 Comments
October 23rd, 2009 at 1:07 am
[...] Sumber :- Radix Pizza House [...]
October 24th, 2009 at 8:42 pm
tahniah wat HPA..teruskan usaha..
October 25th, 2009 at 8:54 pm
waahh. bila mahu bukak di Jerantut atau Banting. Mesti ramai orang pergi punya nanti.
October 26th, 2009 at 1:00 am
Semuanya sedang diusahakan oleh pihak HPA. Kerana modal yang agak besar, jadi proses ini perlu dilakukan peringkat demi peringkat.
Titan,
dah join HPA ke?
January 26th, 2010 at 5:44 pm
X sabar nk rasa pizza nih..
March 15th, 2010 at 11:37 am
Tahniah di atas usaha utk meluaskan lagi rangkaian produk halal di Malaysia
Kebetulan saya tinggal di SP..nak tanya ada delivery ke kawasan Ambangan Height tak? boleh sertakan no telefonnya sekali. terima kasih
March 26th, 2010 at 5:48 pm
ada x no fon pizza radix for delivery service?
December 4th, 2010 at 2:05 pm
Salam, berapa modal buka Radix Piza? Apa syarat2? Bangunan cari sendiri or mcmana?
TK.
March 12th, 2011 at 5:48 pm
tes panel lah……
March 12th, 2011 at 5:49 pm
motto papa rons pizza is the best…..
klo radix ap?
March 28th, 2011 at 10:45 pm
salam….sy ija student uitm…em bg memenuhi syarat subject strategic management, sy telah memilih HPA radix pizza house sebagai company pilihan untuk course project. tetapi malangnya tidak berapa banyak info yg sy perolehi di website HPA…sy juga telah pg ke HQ HPA yg terbaru di s.alam..sy harap pihak hpa dpt memberi info tentang radix pizza house dgn lebih bnyak…ASAP…tq…teruskan menyokong HPA krn hpa menjamin kehalalan utk kegunaan harian…
April 28th, 2011 at 8:58 pm
Saya selalu perhatikan HPA suka sangat mengabaikan bahasa Melayu sedangkan pengguna memang orang Melayu. Yang masuk kedai pun ada pakcik-pakcik dan makcik-makcik tua. Jujur dengan diri sendiri. Pelanggan HPA adalah 99.9% Melayu.
Cuba tengok perniagaan Cina. Tak malu pun tulis dalam tulisan Cina. Malah bangga. HPA hanya tulis menu dalam bahasa Inggeris sahajakah? Memalukan. Konon bila abaikan bahasa Melayu, perniagaan menjadi semakin maju. Jangan menipu diri sendiri. Hargai pelangganmu yang majoriti.