Jun
15

Halagel Mengimport Gelatin Halal

By HPA Online Network

Halagel mengimport gelatin halal dari negara Pakistan yang seratus peratus dihasilkan oleh orang Islam. Ia digunakan dalam penghasilan produk softgel HPA. Bagi umat Islam, mencari yang halal merupakan tuntutan Fardu Ain yang wajib dilakukan tidak kira dalam apa jua aspek kehidupan. Pemakanan, contohnya menjadi antara faktor utama yang perlu dititikberatkan dalam membina dan melahirkan sebuah keluarga bahagia selaras dengan keperluan syarak.

Ini kerana melalui pengambilan makanan yang tidak diketahui sumbernya sama ada halal atau haram, ia boleh menyebabkan berlakunya kepincangan dalam sesebuah institusi kekeluargaan dan juga masyarakat. Di samping itu, masyarakat juga harus peka dengan setiap kandungan atau bahan yang digunakan dalam setiap makanan yang dimakan bagi memastikan ia datang daripada sumber yang baik.

Menyedari hakikat itu, maka wujudlah Halagel (M) Sdn. Bhd. sebuah syarikat yang mempunyai visi untuk menyediakan produk halal untuk umat Islam di Malaysia dan juga seluruh dunia. Ditubuhkan sejak tahun 1997, Halagel merupakan pengimport tunggal, pengeluar dan pengedar makanan halal dan gelatin gred farmaseutikal, kapsul gelatin halal dan gel lembut gelatin halal bagi pasaran Malaysia dan Asia Tenggara. Syarikat itu juga membekalkan pelbagai produk pengguna seperti ubat gigi herba, garam batu boleh dimakan, kopi pracampuran dan gula-gula getah perasa buah.

Selain itu, mereka turut menawarkan produk-produk kesihatan seperti vitamin C tambahan dan produk nutraseutikal termasuk minyak kelapa dara, minyak habbatus sauda dan minyak ikan Omega 3. Pengurus Besar Pemasaran Halagel (M) Sdn. Bhd., Muhammad Azhar Abdullah berkata, penubuhan Halagel bertitik tolak daripada memenuhi tuntutan Fardu Kifayah bagi menyediakan produk alternatif halal untuk masyarakat Islam. “Alhamdulillah, usaha kami untuk menyediakan produk alternatif halal bagi kegunaan pengguna Muslim khususnya dan masyarakat Malaysia amnya berjaya dilaksanakan.

“Ini termasuklah memperkenalkan gelatin halal yang diimport dari Pakistan dan telah mendapat pengiktirafan sijil halal daripada tiga buah agensi iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Ulama Indonesia dan The Islamic Central Committee of Thailand (ICCT). “Di Pakistan, semua pekerja di kilang yang mengeluarkan gelatin tersebut terdiri daripada orang Islam. Selain itu, gelatin yang dihasilkan itu pula menggunakan sumber tulang haiwan-haiwan halal seperti lembu, kerbau dan kambing.

Sumber : Blog Herba Dunia

Categories : Tips Keusahawanan

2 Comments

1

Assallamualaikum,

Untuk makluman tuan saya ada membuat perusahaan herba secara kecil-kecilan. Oleh itu saya memerlukan kapsual kosong halal bagi perusahaan saya,jadi bagaimana saya boleh mendapat kapsual itu ?
Dapat sekiranya pihak tuan memberi maklumat pada saya mengenai kapsual itu dari segi harga dan saiz nya.
Kerjasama tuan sangat-sangat di hargai.

2

Wsalam.
Tuan boleh terus hubungi pihak Halagel di talian 04 - 4481287 / 88

Leave a Comment