Satu Keluarga Melayu Islam Satu Perniagaan
ByKalau nak berubah mulalah dari sekarang. Satu keluarga melayu islam mesti ikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W, iaitu berniaga atau jadi usahawan. Seorang ayah harus mulakan pada diri sendiri sebagai langkah awal. Mulakan apa saja perniagaan samada single level marketing atau multilevel marketing. Mulakan dari yang kecil dan letakan harapan besar untuk generasi akan datang.
Hari ini seorang ayah atau seorang ibu mungkin bermula dengan sebiji kuih yang dijual pada jiran atau kenalan. Tetapi hendaklah berjiwa besar di mana satu hari nanti seorang anak mungkin berjaya dengan perniagaan kuih muih sejuk beku atau frozen food. Hari ini, seorang datuk mungkin mengedar sesachet kopi radix mai secawan. Tapi berazamlah satu hari nanti seorang cucu mungkin akan jadi top ten dalam perniagaan MLM syariah HPA. Inilah yang perlu disematkan dalam minda setiap orang melayu islam jika hendak menguasai ekonomi sendiri.
Jika Nabi Muhammad S.A.W memberi tips terbaik bagaimana untuk menguasai punca rezeki, kenapakah kita tak ambil kisah. Carilah kebaikan dalam sembilan dari sepuluh punca rezeki iaitu dunia perniagaan. Cepat-cepatlah ambil pengajaran supaya umat terselamat.
