Bihun Dan Laksa Dekat Kandang Babi
BySudah sekian lama kita mendengar hal-hal begini. Bertapa kesucian produk yang mendapat kelulusan “Halal” diragukan. Apa penyelesaiannya? Selagi kita tidak berani menjadi pengeluar, selagi itulah masalah ini tidak akan berakhir. Hendak jadi pengeluar pun bukannya mudah, bukan soal modal sahaja tetapi bekalan bahan mentah, mesin dan pasaran cukup akan menyebabkan kita berada pada tahap lama. Jadi bagaimana jalan penyelesaianya?
Kena berjuang bersungguh-sungguh, tidak boleh main-main supaya HPA benar-benar menjadi pintu keluar pada permasalahan ini. Syukur, kita telah mula memasarkan mee kuning tapi tak banyak, masih baru, kena bersabar seperti pemulaan pengeluaran ayam dan ais krim dahulu. Lama-lama akan memenuhi pasaran.
Begitu juga Kilang Kola radix dah mula beroperasi di Johor sebagai kilang ke-2 HPA bagi keperluan hari raya. InsyaAllah. Kilang ais Krim di Ipoh juga sedang dalam pembesaran di mana penambahan mesin sedang dilakukan. Kilang ais krim mendapat kelulusan “penal Syariah” sepenuhnya dan penal berpuas hati dengan bahan-bahan yang digunakan.
Sumber : JawiHerbShop
