Perjuangan HPA Dalam Jihad Ekonomi
By
Setiap detik dan masa umat manusia khususnya umat islam selalu diperlihatkan dan dikhabarkan dengan disaksikan oleh dua mata dan dua telinga bagaimana penindasan mereka ke atas saudara seagama kita yang di perlakukan dengan kejam, dan penipuan atas nama “halal” dengan tujuan untuk melariskan barangan mereka dan entah mana datangnya barangan yang dihasilkan, hari-hari dibongkarkan oleh media elektronik mahupun suratkhabar.
Tetapi masih ramai umat islam yang pekakakan telinga, butakan dua mata mereka dan menutup mata hati untuk melakukan sekecil-kecil jihad ke jalan Allah swt. Sebagai umat yang bertakwa kepada Allah, ayuh gerakkan dengan selemah-lemah jihad iaitu jihad ekonomi (memboikot) produk-produk yang menyokong serta bersekutu dengannya yang merosakkan serta memerangi umat Islam dan bangunlah memperjuangkan halal sebenarnya. HPA dengan segala kekuranganya bangun dari kelekaan merapatkan saf untuk mewujudkan muamalah sesama muslim yang terdaya seperti yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.
PANDANGLAH DENGAN MATA HATI, PASTI KAMU AKAN DAPAT MELIHAT YANG TERSIRAT DISEBALIK YANG TERSURAT.
Sumber : myhalalbiz
