PJS Shafei Hj Tasiron Pemimpin Cemerlang Dari Negeri Johor
ByPJS Shafei Hj Tasiron yang kini berpangkat Pengarah Jati Intan merupakan Upline aras ke-4 dalam hiraki PJS Jamaluddin Yeop Majlis. Antara PJS Jamaluddin Yeop Majlis dan PJS Shafei Hj Tasiron ada 3 orang lagi upline PJS Jamaluddin Yeop Majlis yang masih berpangkat Pengurus Melati (PLX).
Dalam majlis KONVEK yang diadakan di dewan MAEP Serdang baru-baru ini, beliau merupakan satu-satunya leader dari Negeri Johor yang mendapat anugerah Insentif HAJI dan Pelancungan Asia Oceania. Manakala isterinya PJS Puan Rosjulila pula mendapat anugerah insentif UMRAH dan pemenang anugerah Pusat Jualan Terbaik disamping menerima cabutan bertuah 500NM iaitu satu unit Laptop dan seunit kamera digital.

PJS Shafei Hj Tasiron sedang menerima hadiah insentif Haji dari Pengarah Urusan 2 HPA Tn. Hj Fisal Ahmad Tajuddin di majlis KONVEK yang diadakan di dewan MAEP Serdang baru-baru ini.
Pada mulanya PJS Jamaluddin Yeop Majlis tidak tahu beliau adalah uplinenya, sehinggalah pada pertengahan tahun 2006 ketika PJS Shafei Hj Tasiron membawa beberapa rakan baru niaganya ke program PBC yang diadakan di Hotel Putra KL, mereka berkenalan. Dalam statement bonosnya terdapat nama PJS Jamaluddin Yeop Majlis dalam bonus generasi pangkatnya. Ketika itu beliau masih PLX sedangkan PJS Jamaluddin Yeop Majlis sudah berpangkat PJS dan menjadi pemantau dalam program PBC yang dihadirinya disitu.
Beliau nampak bersemangat ketika itu sehinggalah sekarang semangatnya tak luntur walaupun berbagai mehnah dan ujian yang beliau hadapi dalam mengejar cita-citanya. Dari seorang pemandu lori sayur kini beliau bergaya dengan MPV TOYOTA ALPHARD dengan pendapatan melebihi RM20ribu sebulan bersama isterinya. Tahniah diucapkan kepada beliau semoga bertambah IMAN terutamanya selepas pulang dari mengerjakan Haji dan Umrah kelak. Selamat berjaya dan bergaya didunia dan akhirat. AMIN.
Sumber : Blog Jamalmajlis
